‘’Hei, kau potong leher anak aku sampai putus….di manapun kau, saya cari kamu’’

TINDAKAN seorang pemuda berusia 18 tahun mengelar sampai mati leher seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Kolaka Timur, Sulawesi Tenggara mengejutkan penduduk di daerah berkenaan.

Dalam klip video yang tular ayah mangsa memaparkan kemarahannya apabila mengetahui anak gadis dibunuh.

Memetik laporan detik.com, klip video tersebut menunjukkan lelaki itu bersama isterinya berada di dalam ambulans bersama jenazah anak mereka yang dibaluti kain batik.

Dengan emosi yang meluap-luap lelaki meluahkan  kemarahan terhad pembunuh anaknya itu.

“Hei, kau potong lehernya anakku sampai putus. Biarpun kau ke mana, saya cari kau. Ingat kau baik-baik itu. Anakku tidak pernah (berbuat) apa-apa itu sama kau. Baru kau kasih begini anakku. Dia cuma pergi itu menuntut yang namanya agama,” laung lelaki tersebut.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Kolaka Timur, Irwan Pansha berkata, mangsa dibunuh ketika dia bersama adiknya sedang berjalan untuk menghadiri kelas mengaji al-Quran.

‘’Tiba-tiba pemuda tersebut menghadang mereka. Mangsa dan adiknya sempat melarikan diri ke dalam kebun penduduk namun pemuda itu dapat menangkap mangsa dan mengelar lehernya,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img