Helikopter bawa 8 penumpang termasuk juruterbang terputus hubungan di Kalimantan Selatan

SEBUAH helikopter yang membawa lapan penumpang termasuk juruterbang hari ini terputus hubungan ketika berada di kawasan hutan Pergunungan Meratus, di Kalimantan Selatan kira-kira pukul 12 tengah hari, hari ini.

Memetik laporan mediaindonesia.com,Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Banjarmasin, Putu Sudayana berkata,   pasukan penyelamat USS Batulicin dan Basarnas telah bergerak ke lokasi terakhir helikopter itu dikesan.

‘’Pasukan penyelamat seramai 40 orang dijangka tiba di lokasi pada pukul 7.20 malam, iaitu 7 jam perjalanan dari Banjarmasin. Adapun hubungan terakhir helikopter pada adalah di sekitar air terjun Mandin Damar,’’ katanya.

Helikopter jenis BK117-D3 milik Eastindo Air itu berangkat dari Lapangan Terbang Kotabaru menuju Lapangan Terbang Palangkaraya dan dijangka tiba pada pukul 10.15 pagi.

‘’Bagaimanapun helikopter itu membuat hubungan terakhir dengan Radio VICEF Lapangan Terbang Kotabaru pada 8.54 pagi,’’ katanya.

Sehingga pukul 5.30 petang, pasukan penyelamat masih dalam perjalanan menuju lokasi helikopter itu hilang.

Keadaan hutan Meratus yang tebal dan ketiadaan isyarat telefon bimbit dibimbangi akan menjadi halangan kepada pasukan penyelamat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img