Hotel terkenal pilihan jemaah Malaysia di Makkah terbakar

SEBUAH hotel yang sering menjadi pilihan umat Islam Asia Tenggara termasuk Malaysia di Makkah, dilaporkan terbakar.

Hotel Mira Ayjad yang terletak di Ayjad itu terbakar petang semalam dan menerusi video yang tular dalam laman sosial, api dilihat menjulang tinggi membakar bangunan berkenaan.

Setakat ini belum ada maklumat mengenai kebakaran itu termasuk melibatkan mangsa dalam kalangan jemaah umrah Malaysia.

Media juga sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut daripada Wisma Putra berhubung kejadian itu.

Sementara itu, di media sosial seperti Threads pelbagai reaksi dikongsi susulan kebakaran Hotel Mira Ayjad.

Antaranya seorang jemaah Indonesia dikenali sebagai Prayaudityoryan berkata, dia menginap di hotel berkenaan dan sempat dipindahkan sebelum api lebih marak.

Seorang lagi ustaz di Makkah pula berkongsi video suasana gempar di jalan utama berhadapan hotel yang sedang terbakar itu.

Ada dalam kalangan jemaah umrah lain turut berkongsi kepulan asap hitam menyelubungi di satu bahagian di kawasan Makkah.

Sementara itu, ramai penduduk Malaysia yang pernah menginap di hotel berkenaan turut memberi reaksi berduka berhubung kejadian kebakaran itu.

Rata-rata mereka mendoakan supaya kejadian itu tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img