Hujan lebat berterusan tahap buruk di Pahang, Johor hingga Isnin

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor melibatkan Mersing.

Amaran hujan lebat tahap waspada turut dikeluarkan bagi Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran serta Bera) dan Johor (Segamat, Kluang serta Kota Tinggi).

Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang pula dijangka berlaku di tujuh negeri dan Labuan setakat 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda Batang Padang di Perak serta Tanah Tinggi Cameron dan Lipis di Pahang selain Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Batu Pahat dan Pontian).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan) serta Limbang manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat, selain Labuan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img