Hun Sen minta penjelasan kes wanita Kemboja mengaku miliki dua suami

PRESIDEN Senat Kemboja, Hun Sen berkata, beliau sedang mendapatkan penjelasan mengenai satu kes melibatkan seorang wanita negara itu yang didakwa mempunyai dua suami dan menjalani kehidupan bersama mereka.

Isu ini timbul selepas wanita tersebut memuat naik video di TikTok menggunakan nama ‘Soft Lippie’, yang memaparkan tingkah lakunya bersama dua lelaki berkenaan.

Dalam satu hantaran di media sosial, Hun Sen meluahkan kebimbangan dan mempersoalkan kesahihan situasi tersebut.

Hun Sen berkata, beliau ingin mengetahui sama ada wanita itu benar-benar berkahwin dengan dua lelaki atau sekadar berlakon untuk menarik perhatian di media sosial.

Menurutnya, jika dakwaan itu benar, tindakan tersebut bercanggah dengan tradisi masyarakat Khmer moden serta prinsip undang-undang yang menetapkan perkahwinan satu suami dan satu isteri.

Hun Sen turut menegaskan bahawa dalam konteks perundangan dan norma sosial di Kemboja, amalan mempunyai lebih daripada satu pasangan secara serentak adalah tidak dibenarkan, dan meminta pihak berkaitan membantu menjelaskan perkara itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img