Ibu Allahyarham Zayn Rayyan didapati bersalah tuduhan pengabaian

MAHKAMAH Sesyen Petaling Jaya hari ini mendapati ISMANIEA Abdul Manaf ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdiul Matin bersalah dalam kes pengabaian terhadap kanak-kanak autisme tersebut dua tahu lalu.

Hakim Dr. Syahliza Warnoh, memutuskan demikian selepas mendapati wanita berusia 30 tahun itu gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaannya.

Ismanira berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun, denda RM50,000, atau kedua-duanya sekali.

Sebaik keputusan dibacakan, Ismanira kelihatan berpaling ke arah keluarganya dan suaminya dari kandang tertuduh. Keluarga dan suaminya turut kelihatan terkejut dengan keputusan tersebut sebelum kedengaran laungan “Allahuakbar” dari galeri awam.

Prosiding kemudiannya ditangguhkan bagi memberi ruang kepada pihak pendakwaan untuk berhujah berhubung pemberatan hukuman, sementara pihak pembelaan dijadualkan mengemukakan rayuan mitigasi bagi mengurangkan hukuman.

Pada 13 Jun tahun lalu, Ismanira dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan terbabit.

Mengikut pertuduhan pindaan, pasangan itu didakwa bersama-sama sebagai individu yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam keesokkannya.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, kira-kira jam 10 malam.

Pada 21 Julai lalu, mahkamah membebaskan Zaim Ikhwan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Kamarul Iman Ahmad Sapian, manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.

BERITA LANJUT MENYUSUL

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img