Imigresen gempur 13 lokasi di Seremban, Nilai…tahan 77 PATI

JABATAN Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) menahan 77 pendatang asing tanpa izin dalam operasi penguatkuasaan dijalankan di 13 lokasi sekitar Seremban dan Nilai bermula 9 pagi Selasa sehingga 1 pagi ini.

Pengarah JIMNS Kennith Tan Ai Kiang berkata pemeriksaan dilakukan ke atas 395 warga asing hasil aduan dan risikan selama seminggu.

“Daripada pemeriksaan itu, sebanyak 77 warga asing tanpa izin berumur antara 19 hingga 47 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen, melibatkan 71 lelaki dan enam perempuan.

“Tangkapan membabitkan empat warganegara Indonesia, Pakistan (10), Bangladesh (26), India (26), Thailand (enam) serta Myanmar (lima) dan daripada jumlah itu, sebanyak 55 ditahan dalam serbuan di sebuah kilang sabun di Nilai,” katanya dalam kenyataan.

Kennith berkata antara kesalahan utama adalah tidak memiliki pas dan dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa serta kesalahan lain yang melanggar peruntukan Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Beliau berkata kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

“Selain tindakan terhadap warga asing itu, tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah juga akan diambil terhadap mana-mana majikan atau individu yang didapati menggaji atau melindungi warga asing tanpa izin mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img