IRGC sedia patuhi arahan Ayatollah Seyyed Mojtaba

KOR Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menegaskan kesediaan penuh untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi baharu Iran, Ayatollah Seyyed Mojtaba Khamenei.

Dalam satu kenyataan, IRGC menyatakan bahawa pasukan itu bersedia melaksanakan setiap perintah yang disifatkan sebagai arahan illahi, sambil menegaskan komitmen mereka untuk terus mempertahankan Republik Islam Iran dan prinsip-prinsip Revolusi Islam.

Menurut kenyataan tersebut, kesetiaan kepada kepimpinan tertinggi negara merupakan asas penting dalam memastikan kestabilan, keselamatan dan kedaulatan Iran, terutama ketika negara itu berdepan tekanan serta ancaman daripada pihak luar.

IRGC turut menekankan bahawa seluruh anggotanya akan berdiri teguh bersama rakyat Iran dalam mempertahankan negara serta melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menjaga kepentingan nasional.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan pemilihan Ayatollah Seyyed Mojtaba Khamenei sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran oleh Majlis Pakar Iran, menjadikannya pemimpin ketiga Republik Islam selepas Ruhollah Khomeini dan Ali Khamenei.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img