JAIM serbu kedai makan jual sarapan kepada orang Islam

PASUKAN penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu sebuah kedai makan yang menjual sarapan seawal jam 9 pagi kepada pelanggan beragama Islam di kawasan industri Ayer Keroh pada Khamis lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, dalam serbuan itu seramai sembilan individu berusia lingkungan 20-an hingga 40-an ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti menjual dan membeli makanan.

ANGGOTA penguat kuasa JAIM menyerbu sebuah kedai makan yang tidak menghormati bulan Ramadan apabila menyediakan sarapan seawal jam 9 pagi kepada pelanggan Islam di medan selera di kawasan industri Ayer Keroh, Melaka Khamis lalu. GAMBAR: JAIM

“Pemeriksaan mendapati penjual dipercayai mula menjual makanan seawal pukul 9 pagi kepada pelanggan beragama Islam sedangkan mereka tahu perbuatan itu salah.

“Kita kecewa dengan sikap tidak mempedulikan sensitiviti bulan ibadah semata-mata mahu mengejar keuntungan,” katanya.

Menurut Rahmad, mereka ditahan terdiri daripada enam lelaki dan tiga perempuan dengan tiga daripadanya merupakan pelanggan yang disyaki ponteng puasa.

“Tiga pelanggan itu ada bekerja sendiri dan juga dalam sektor swasta tidak dapat memberikan alasan munasabah melakukan kesalahan itu.

“Kesemua mereka telah dikeluarkan Surat Perintah Hadir kerana disyaki melanggar Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya.

Katanya, JAIM akan terus mempergiatkan operasi pemantauan di beberapa lokasi tumpuan sehingga ke akhir Ramadan ini bagi memastikan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang syariah.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img