Jawatankuasa Khas ditubuh teliti RUU pisah peranan AG, pendakwa raya

KERAJAAN menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas bagi meneliti Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pemisahan bidang kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya, sebagai langkah memperkukuh reformasi institusi negara.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penubuhan jawatankuasa itu telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri selepas pembentangan RUU berkenaan.

Menurutnya, jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Datuk Seri Azalina telah memaklumkan bahawa mesyuarat pertama Jawatankuasa Pilihan Khas ini akan diadakan pada 16 Mac,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, proses untuk meneliti pandangan, mengumpulkan maklum balas serta menambah baik rang undang-undang itu dijangka mengambil masa kira-kira tiga bulan.

Sebelum ini, RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026 bertujuan mengasingkan peranan peguam negara dan pendakwa raya, dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat.

Azalina membawa usul itu selepas bacaan kali kedua RUU berkenaan bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan memperhalusi dan meneliti RUU berkenaan.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan usul dengan dengan lebih suara bersetuju.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img