‘’Jika rundingan gagal, kepentingan AS di Asia Barat  ‘’terbakar semula’’ – Iran

IRAN menegaskan negara itu bersedia menghadapi “sebarang senario yang mungkin berlaku”, sambil mendakwa bahawa Amerika Syarikat (AS) tidak boleh lari daripada akibat keganasan yang dikaitkan dengan tindakan Israel.

Sumber berkata Tehran setakat ini kekal komited terhadap semua perjanjian dan komitmennya, namun pada masa sama sedang memantau semua kemungkinan perkembangan masa depan dan akan bertindak mengikut keadaan hubungan semasa, lapor Tasnim News Agency.

Menurut sumber itu, satu senario asas ialah AS dan sekutunya mematuhi gencatan senjata serta bersetuju dengan satu perjanjian yang “memuaskan Iran dan pihak rintangan” dalam tempoh yang munasabah.

Namun, sumber itu menambah terdapat beberapa senario lain, termasuk kemungkinan AS pada masa sama mengganggu proses rundingan dan menghalang tercapainya perjanjian.

‘’AS juga dilihat sambil cuba mengelak daripada terlibat secara langsung dalam perang, dengan membiarkan Israel terus berada dalam konflik menentang Lubnan atau konflik lain di rantau tersebut,’’ kata sumber itu itu.

Sumber itu turut memberi amaran bahawa AS tidak akan dapat mengelak daripada akibat sekiranya gencatan senjata gagal mencapai hasil yang memihak kepada Iran dan pihak rintangan.

‘’Ia juga menyatakan bahawa jika gencatan senjata sementara berakhir akibat pelanggaran pihak lawan, atau kerana kegagalan mencapai persetujuan yang memuaskan dalam tempoh yang ditetapkan, maka kepentingan AS di seluruh rantau akan

“terbakar semula” seperti sebelum gencatan senjata, ‘’kata sumber itu.

Sumber itu menegaskan bahawa pihak lawan perlu menerima perjanjian yang selaras dengan tuntutan Iran dan “rintangan”, jika tidak maka AS dan Israel akan kembali berdepan konflik.

Dalam masa sama, sumber tersebut menafikan laporan media yang mendakwa pasukan rundingan Iran telah tiba di Islamabad, Pakistan untuk berunding dengan Amerika Syarikat.

Menurutnya, dakwaan itu adalah “tidak benar sama sekali”.

Sumber itu turut menegaskan bahawa selagi AS tidak memenuhi komitmennya terhadap gencatan senjata di Lebanon, dan selagi serangan oleh Israel berterusan, maka rundingan kekal ditangguhkan

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img