Ka Siong yakin agenda ‘Rumah Bangsa’ satukan Melayu akan berhasil, beri impak positif kepada BN

 PRESIDEN MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berharap hasrat UMNO memperkukuhkan parti itu menerusi penyatuan Melayu dalam agenda “Rumah Bangsa” akan berhasil kerana ia akhirnya akan memberi impak positif kepada Barisan Nasional (BN) secara keseluruhannya.

Katanya, ia wajar dijadikan wadah perjuangan politik walaupun melibatkan mana-mana pihak yang pernah meninggalkan UMNO.

“Jadi, saya rasa ia antara parti sebuah rumah, bukan hanya mencari keyakinan balik, dalam masa yang sama untuk dapatkan sokongan balik.

“Ini adalah satu Rumah Bangsa yang sepatutnya dijadikan wadah perjuangan dalam konteks mana-mana parti untuk memperkukuhkan parti dan menarik mereka yang keluar sekejap atau sudah mungkin keluar untuk balik sama-sama berjuang semula,’’ katanya kepada wartawan ketika menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2025, di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Ka Siong menegaskan,  MCA sentiasa terbuka kepada mana-mana pendekatan dan perbincangan yang memberi kesan positif kepada kedudukan BN.

“Untuk Melayu dan Islam, mereka boleh berbincang dalam komuniti, kita sebagai MCA juga sedia berbincang, tidak ada isu. Tapi dalam konteks BN, itu gabungan yang lebih besar, jadi kita perlu melihat dari segi kepelbagaian dan realiti politik, di mana ia merupakan masyarakat majmuk,’’ katanya.

Mengenai kedudukan MCA dalam BN, Ka Siong dengan tegas menyatakan  soal meninggalkan gabungan itu tidak berbangkit ketika ini.

Katanya, MCA akan terus bersama BN, yang ditubuhkan berasaskan semangat Perikatan pada 1973.

“BN ditubuhkan berlandaskan kepada semangat Perikatan. Jadi, kita sama-sama asaskan parti (BN). Justeru soal ini (keluar BN) tidak wujud setakat ini,” kata

Beliau diminta mengulas ucapan dasar Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN Datuk Seri. Dr Ahmad  Zahid Hamidi yang dilihat  ‘memujuk’ MCA dan MIC tidak merajuk untuk keluar gabungan itu sebaliknya  kembali berpaut di bawah rumah besar BN.

Katanya, hubungan adik-beradik sudah pasti akan ada yang ‘tergigit’, namun perlu kembali berpaut.

Ahmad Zahid mengakui walaupun penyertaan Umno dalam kerajaan perpaduan dibuat atas kepentingan negara, ia tidak dapat dinafikan telah mengundang ketegangan dalam BN – gabungan diasaskan bersama UMNO, MCA dan MIC sejak 51 tahun lalu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img