Kabinet : Bukan rombakan besar…hanya isi kekosongan, kata Anwar

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meredakan spekulasi mengenai rombakan Kabinet apabila menyatakan ia bukan dilakukan secara besar-besaran sebaliknya hanya mengisi beberapa kekosongan dalam masa terdekat.

Walaupun terdapat desakan dan spekulasi mengenai kemungkinan rombakan Kabinet, Anwar menjelaskan bahawa pertimbangan semasa menunjukkan tiada keperluan untuk perubahan menyeluruh memandangkan tempoh pentadbiran Kerajaan MADANI kini hanya berbaki sekitar setahun setengah.

“Kita perlu mengisi beberapa kekosongan. Namun,rombakan besar tidak sesuai kerana Kabinet ini hanya akan berfungsi untuk tempoh setahun lebih atau setahun setengah.

“Jadi, saya tidak fikir rombakan besar harus dilakukan. Walau bagaimanapun, saya sedang meneliti langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengisi kekosongan yang ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Kenderaan Elektrik (EV) pertama Perodua di Kuala Lumpur hari ini.

Spekulasi mengenai rombakan Kabinet kembali menjadi tumpuan susulan beberapa menteri dan timbalan menteri berstatus Senator dijangka menamatkan penggal perkhidmatan mereka awal bulan ini.

Antara yang terlibat ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img