‘’Kami hargai perkhidmatan 40 tahunnya, namun itu tidak letak seseorang di atas undang-undang’’ – Wan Shaharuddin

TIMBALAN Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, Jasa dan tempoh perkhidmatan panjang seseorang individu dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelak daripada berdepan proses perundangan.

Kata beliau, pihaknya menghargai sumbangan bekas Panglima Tentera Darat, bekas Panglima Tentera Darat , Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang telah berkhidmat hampir 40 tahun dalam bidang pertahanan negara, namun kedudukan itu tidak meletakkan seseorang di atas undang-undang.

“Memang benar beliau telah berkhidmat selama 40 tahun dalam bidang pertahanan negara dan kami menghargainya.  Namun, pada ketika ini, beliau merupakan seorang tertuduh dan perlu menghadapi proses perundangan,” katanya pada sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Hari ini Hafizuddeain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur atas empat pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.12 juta

Hafizuddeain, 57, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Beliau didakwa menerima hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang berjumlah RM2,122,400 yang dikreditkan ke dalam akaun banknya dalam empat transaksi berasingan masing-masing berjumlah RM969,000, RM474,850, RM488,550 dan RM190,000.

Mengulas lanjut, Wan Shaharuddin berkata, pihak pendakwaaan tetap berhadapan dengan cabaran tersendiri biarpun kes tersebut dilihat mempunyai fakta yang jelas memandangkan  ia melibatkan jumlah wang yang besar serta aspek pembuktian yang ketat.

“Dalam mana-mana kes, termasuk yang kelihatan mudah, tetap wujud risiko dan halangan. Pihak pendakwaan tidak boleh memberi jaminan sabitan, namun kami akan berusaha sedaya upaya untuk membuktikan pertuduhan,” katanya.

Mengulas isu risiko tertuduh melarikan diri, beliau berkata, dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram yang membawa hukuman berat, kebarangkalian itu tidak boleh diketepikan.

“Disebabkan itu, pihak pendakwaan memohon supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah bagi memastikan kelancaran prosiding,” jelasnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img