IRAN mengecam usaha di Amerika Syarikat untuk menggambarkan kekalahan ketenteraan mereka sebagai satu bentuk perjanjian, sambil menegaskan bahawa Iran tidak akan sekali-kali berkompromi dengan pihak yang dianggap sebagai penceroboh.
Dalam kenyataan terbaharunya yang ditujukan kepada Washington, jurucakap Markas Komando Khatam Al-Anbia berkata;
“Kuasa strategik yang anda banggakan telah bertukar menjadi kekalahan strategik. Sebuah kuasa besar yang mengaku dirinya hebat, jika mampu melepaskan diri daripada situasi ini, pasti sudah melakukannya.”
Beliau turut menasihati Presiden AS agar tidak melabel kekalahan negaranya sebagai satu perjanjian.
Katanya, “Era janji-janji anda telah berakhir. Hari ini dunia terbahagi kepada dua pihak: kebenaran dan kebatilan. Setiap individu yang cintakan kebebasan tidak akan terpengaruh dengan gelombang media anda.”
Jurucakap itu juga mempersoalkan konflik dalaman AS dengan berkata,:
“Adakah tahap perpecahan anda sudah sampai ke tahap berunding dengan diri sendiri? Tidak akan ada lagi berita mengenai pelaburan anda di rantau ini, dan anda tidak akan melihat harga tenaga dan minyak seperti dahulu, sehingga anda memahami bahawa kestabilan di rantau ini dijamin oleh kekuatan Angkatan Bersenjata kami. Kestabilan datang melalui kekuatan.”
Beliau menegaskan bahawa Iran dengan jelas menyatakan, “Selagi kehendak kami tidak wujud, keadaan tidak akan kembali seperti dahulu. Ini hanya akan berlaku apabila idea untuk bertindak terhadap rakyat Iran dihapuskan sepenuhnya.”
Mengakhiri kenyataannya, beliau berkata kepada pihak Amerika, “Kata putus kami dahulu, kini dan selamanya adalah sama: kami tidak akan berkompromi dengan pihak seperti anda — bukan sekarang, dan tidak akan sekali-kali.”


