Kanak-kanak lelaki ditemui dalam keadaan lapar, ada kesan akibat didera di badan  

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui dalam keadaan ketakutan dan kelaparan serta kesan kecederaan pada badan dipercayai akibat didera di luar sebuah kedai serbaneka di Nilai semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, kanak-kanak itu ditemui bersendirian kira-kira jam 5.30 petang oleh seorang penghantar makanan.

“Pengadu memaklumkan kanak-kanak itu berada dalam keadaan menggigil, ketakutan serta kelaparan.

“Dia kemudian membawanya ke tempat selamat serta menghubungi pihak polis yang kemudian membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk mengesan penjaga mangsa,” katanya

Johari berkata, pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan disyaki akibat penderaan.

Beliau berkata, susulan itu, polis telah menahan ibu kandung dan bapa tiri mangsa yang berusia lingkungan 30-an hari ini  bagi membantu siasatan.

“Kanak-kanak itu telah dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut.

“Siasatan juga mendapati bahawa mangsa pernah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada tahun 2020, selepas mengalami kecederaan ‘nonaccidental injury’ iaitu berupa kesan melecur akibat terkena air panas di bahagian kepala, bahu kanan, dada dan belakang badan,” katanya.

Johari berkata, permohonan reman terhadap ibu kandung dan bapa tiri mangsa akan dibuat di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis.

, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1), Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara jika sabit kesalahan.

“Polis memandang serius sebarang bentuk penderaan terhadap kanak-kanak dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan perbuatan tersebut.

“Orang awam dinasihatkan supaya segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengesyaki berlaku penderaan atau pengabaian terhadap kanak-kanak,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img