Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat 8 apartmen

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah apartmen di Cyberjaya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.31 petang daripada seorang wanita tempatan.

Mangsa yang juga warga tempatan itu dilaporkan terjatuh dari bangunan terbabit sebelum dikejarkan ke Hospital Cyberjaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

Bedah siasat dijalankan di Hospital Cyberjaya pada jam 12 tengah hari ini.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu dan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img