Kebocoran gas amonia, jurutol dan pengawal keselamatan antara tiga sesak nafas

SEORANG jurutol dan pengawal keselamatan antara tiga individu yang terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas apabila berlaku kebocoran gas amonia dari sebuah lori di susur keluar ke Plaza Tol Seremban menghala ke Kuala Lumpur hari ini.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.40 petang sebelum tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Insiden melibatkan sebuah lori jenis Isuzu yang membawa muatan 15 tong silinder gas amonia, apabila salah satu daripada tong silinder tersebut didapati mengalami kebocoran.

“Tindakan segera telah diambil dengan melakukan kerja-kerja penstabilan, termasuk menutup tong yang bocor menggunakan absorbent towel sementara menunggu kontraktor bagi tujuan pemindahan tong-tong gas tersebut,” katanya, lapor Sinar Harian.

Menurut kenyataan itu, kejadian mengakibatkan tiga mangsa mengalami sesak nafas iaitu seorang wanita yang bekerja sebagai jurutol, seorang lelaki yang merupakan pengawal keselamatan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) serta seorang lelaki yang merupakan pemandu lori.

Katanya, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk tindakan lanjut.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img