Tragedi dikejar anjing: Lelaki maut, isteri dan anak parah

SEORANG lelaki maut manakala isteri dan anak lelakinya parah selepas motosikal dinaiki merempuh belakang sebuah lori selepas dikejar anjing di Jalan Empangan, Taman Murni Jaya, Machap, Kluang, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 petang, mangsa Muhammad Amirul Azim Hamdan, 28, maut di tempat kejadian manakala isterinya Noor Haidah Mohd Basri, 28, cedera dan dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata anak pasangan terbabit iaitu bayi lelaki berusia 20 bulan juga cedera dan kini menerima rawatan di hospital sama.

Katanya, siasatan awal mendapati motosikal jenis Benelli TNT300 ditunggang mangsa dan dibonceng isteri serta anaknya dalam perjalanan dari Tasik Machap menghala ke Taman Murni.

“Semasa tiba di tempat kejadian, penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan akibat dikejar anjing lalu memasuki laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, motosikal itu kemudiannya melanggar bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan sebelah kanan. Akibatnya, mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

“Isteri dan anak mangsa juga cedera di kepala dan mereka kini dirawat di zon merah hospital sama,” katanya.

Polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img