Kekecohan di Jambatan Angkat Terengganu: 33 penyokong Selangor FC direman

SEBANYAK  33 penyokong Selangor FC direman hari ini bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang dicetuskan di Jambatan Angkat Kuala Terengganu semalam.

Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

Kejadian kira-kira 6.30 petang itu berlaku sebelum perlawanan Liga Super membabitkan Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor ketika dihubungi berkata mereka antara kira-kira 400 penyokong yang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu malam tadi bagi menjalani pemeriksaan saringan air kencing, lapor Bernama.

Beliau berkata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin akan mengadakan sidang media berkaitan perkembangan lanjut kes berkenaan pada 2.30 petang ini.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video menerusi media sosial memaparkan sekumpulan penyokong Selangor FC berarak sambil membawa bendera pasukan dari arah bandar raya menuju ke Jambatan Angkat Kuala Terengganu sebelum menyalakan suar ketika berada di tengah jambatan itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img