Kes hina al-Quran bekas pelajar UMPSA mula dibicara 3 Ogos

MAHKAMAH Sesyen Kuantan hari ini menetapkan tarikh 3 Ogos depan untuk perbicaraan kes bekas penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang didakwa menghina al-Quran dan memuat naik kandungan menghina Islam di media sosial.

Hakim Harmi Thamri Mohamad menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 3 hingga 7 Ogos depan ke atas tertuduh, S Vikneswaran, 21, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 3 Mac lalu.

Peguam bela Muhammad Amirull Afiqq Mohamad Lokman memaklumkan pihak pembelaan sudah menerima semua dokumen berkaitan kes daripada pihak pendakwaan.

“Kami memohon tempoh satu bulan untuk meneliti dokumen itu dan memfailkan representasi. Setakat ini, dokumen yang diserahkan oleh pendakwaan adalah mencukupi,” katanya semasa prosiding berlangsung tadi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Abdul Wahab.

Harmi Thamri menetapkan 8 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula bagi mendengar keputusan representasi, manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada 3 hingga 7 Ogos.

Surat representasi biasanya dikemukakan bagi memohon penarikan balik atau pengurangan pertuduhan terhadap seseorang tertuduh.

Tertuduh yang berkaca mata dan memakai baju hijau serta seluar hitam dilihat memakai pelitup muka dan topi semasa meninggalkan bilik perbicaraan dengan diiringi ahli keluarga.

Vikneswaran ditahan pada 25 Februari lalu ekoran hantaran media sosial yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum, agama, dan raja (3R), kini dibebaskan dengan ikat jamin.

Pada 3 Mac lalu, dia dituduh mencemarkan al-Quran dengan niat menghina agama Islam, serta didakwa menggunakan aplikasi Threads untuk memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Dia mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu. Jawatankuasa Tata Tertib Pelajar UMPSA bertindak menyingkirkan pelajar itu pada 24 Mac lalu selepas mendapati dia bersalah atas kesalahan disiplin yang melibatkan isu sensitif berkaitan 3R.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img