Kes lori simen terbalik: MBPP arah kerja pembinaan dihentikan

MAJLIS Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan pemberhentian kerja sementara di tapak pembinaan di Hospital Pulau Pinang (HPP) susulan insiden lori pembancuh simen jatuh dari tebing yang menyebabkan pemandunya maut akibat tersepit, kelmarin.

Notis tersebut dikeluarkan Jabatan Kawalan Bangunan selepas lawatan dilakukan Datuk Bandar MBPP, Datuk A Rajendran semalam.

KEADAAN lori simen yang terbalik mengakibatkan pemandunya maut di tapak pembinaan berhampiran Hospital Pulau Pinang di Georgetown, semalam. GAMBAR: MBPP

MBPP dalam kenyataan malam tadi berkata, notis dikeluarkan mengikut Seksyen 70(9) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 berkuat kuasa semalam sehingga laporan dan siasatan selesai.

Lokasi kemalangan adalah tapak pembinaan bagi Klinik Pakar dan Wad HPP.

Media kelmarin melaporkan, seorang pemandu lori simen maut akibat tersepit apabila kenderaan berat dipandunya itu terbalik di tapak pembinaan berhampiran HPP di Jalan Residensi di Georgetown.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, A’azelan Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, lori terbabit dikatakan dalam keadaan mengundur sebelum terjunam dari tebing setinggi hampir lima meter.

Mangsa adalah warga Indonesia dan didakwa pemandu gantian pada hari berkenaan.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img