Kesal harga diesel naik, kerajaan perlu ada pelan mitigasi – Hamzah

BLOK pembangkang memandang serius dan kesal dengan pengumuman kenaikan harga diesel setinggi 80 sen – kepada RM4.72 seliter bermula hari ini – paras tertinggi dalam sejarah Malaysia, ketika rakyat khususnya umat Islam sedang dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, tindakan Kerajaan Madani itu jelas tidak sensitif terhadap denyut nadi rakyat dan seolah-olah hilang sifat insaniah dalam membuat keputusan.

‘’Kenaikan sebanyak 80 sen ini akan memberi kesan rantaian, terutamanya kos pengangkutan, yang kemudian mendorong kenaikan harga barang – malah lebih mengecewakan ia dibuat pada waktu yang amat tidak sesuai,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beiau berkata, rakyat boleh faham harga minyak dunia ketika ini melonjak akibat konflik di Asia Barat, tetapi kerajaan perlu berhikmah dalam membuat sesuatu keputusan.

‘’Tidak salah kenaikan itu ditangguhkan dulu selepas Aidilfitri, atau dibuat secara berperingkat.

‘’Impak kenaikan harga minyak terhadap kehidupan rakyat ini tidak cukup dengan pengumuman diskaun tol raya. Malahan ia mengundang persepsi sinikal seolah-olah kerajaan cuma beri sedikit dan ambil kembali dalam jumlah besar dari rakyat,’’ katanya

Beliau berkata, kerajaan harus ada pelan mitigasi yang jelas, menyeluruh dan berkesan.

‘’Bentangkan segera di Parlimen supaya rakyat dapat lebih bersedia menghadapi impak ekonomi disebabkan peperangan Teluk yang berlarutan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img