Pergerakan Houthi di Yaman mengesahkan Ketua Turus Angkatan Tentera, Mejar Jeneral Muhammad Abd al-Karim al-Ghamari terbunuh dalam serangan udara Israel pada Ogos lalu.
Walaupun kenyataan rasmi tidak menyatakan secara langsung punca kematian, Menteri Pertahanan Israel mendakwa serangan udara membunuh al-Ghamari serta beberapa pegawai kanan Houthi yang lain.
Pengumuman Kematian al-Ghamari dibuat secara rasmi oleh pihak Houthi melalui media tempatan, hari ini namun butiran lanjut mengenai lokasi atau masa serangan tidak didedahkan.
Dalam kenyataan berasingan sebelum ini, media Israel pernah melaporkan bahawa al-Ghamari menjadi sasaran cubaan pembunuhan pada Jun, namun usaha tersebut gagal. Kini, Israel mendakwa bahawa serangan susulan pada Ogos telah berjaya membunuh tokoh penting tentera Houthi itu.
Sementara itu, tiada pengesahan rasmi diterima berhubung dakwaan bahawa anak lelaki al-Ghamari yang berusia 13 tahun turut terbunuh dalam serangan tersebut.
Turut dilaporkan sebelum ini, al-Ghamari pernah berbalas mesej dengan pemimpin sayap tentera Hamas, Briged al-Qassam, menunjukkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak Houthi berhubung pelantikan pengganti al-Ghamari. Namun begitu, terdapat laporan tidak rasmi yang menyebut nama Mejar Jeneral Youssef Hassan al-Madani sebagai calon yang bakal mengisi kekosongan jawatan Ketua Turus Angkatan Tentera Yaman.
Perkembangan ini berlaku di tengah-tengah ketegangan serantau yang semakin memuncak, terutamanya melibatkan konflik di Gaza, dan peranan aktif yang dimainkan oleh Houthi dalam menyokong pergerakan anti-Israel.
UNDILAH |
[forminator_poll id=”4496″]


