Komplot jatuhkan negara: Siasatan perlu masa mencukupi tak boleh tergesa-gesa – KPN

POLIS  Diraja Malaysia (PDRM) sedang melaksanakan penelitian menyeluruh terhadap semua aspek berkaitan dakwaan wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata siasatan berhubung isu tersebut memerlukan masa yang mencukupi dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa bagi memastikan keadilan serta ketelusan proses undang-undang.

Beliau menegaskan sebarang tindakan hanya akan diambil selepas setiap perincian diteliti secara mendalam dan profesional.

“Perkara ini masih dalam tindakan pihak polis dan diharap semua pihak dapat bersabar. Sudah pasti siasatan akan dijalankan secara profesional berdasarkan fakta dan bukti yang diperoleh.

“Sekiranya ada perkembangan (terbaharu), kita akan maklumkan,” katanya lapor Bernama.

Mohd Khalid sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan gerakan yang melibatkan kerjasama antara seorang tokoh tempatan berpengaruh dengan sebuah agensi media antarabangsa pada Khamis.

Siasatan kini dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Hari ini  Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim meminta PDRM segera menjalankan siasatan menyeluruh dan mendedahkan petualang yang terlibat serta bersubahat dalam dakwaan wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Katanya, jika dakwaan berkenaan benar, ia merupakan satu bentuk ancaman luar yang tidak boleh dipandang ringan apatah lagi jika terdapat watak pengkhianat daripada dalam yang sanggup bersekongkol demi kepentingan peribadi.

“Kita memandang serius mengenai dakwaan wujudnya usaha melibatkan firma asing untuk memberi tekanan terhadap sendi dan institusi negara.

“Perkara ini menyentuh secara langsung soal kedaulatan dan maruah negara dan tidak sekadar polemik atau rengekan biasa,” katanya yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan melalui platform X.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img