Lakukan hubungan seksual bawah umur : Empat individu termasuk tiga pelajar didakwa di Baling, esok

mereka akan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal

EMPAT individu termasuk tiga pelajar yang ditahan sebelum ini kerana disyaki terlibat dalam penularan rakaman video serta perbuatan tidak bermoral membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun akan didakwa di Mahkamah Baling esok

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintenden Ahmad Salimi Md Ali berkata, pihaknya sudah menerima arahan pendakwaan daripada Timbalan Pendakwa Raya terhadap kesemua suspek yang berusia antara 15 hingga 17 tahun itu.

Katanya, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak.

“Polis memandang serius kejadian ini dan berharap orang ramai terutama ibu bapa serta penjaga memantau kegiatan dan pergerakan anak-anak, terutamanya dalam kalangan remaja,” katanya.

Pada 16 Oktober lalu, Polis Kedah menjelaskan bahawa kes melibatkan empat remaja dan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah daerah Baling bukan kes rogol berkumpulan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kejadian itu sebaliknya membabitkan hubungan seksual bawah umur yang berlaku secara berasingan.

Menurutnya, siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan di beberapa lokasi berbeza termasuk di dalam kelas dan ladang kelapa sawit, bukan secara serentak atau berkumpulan.

“Kejadian berlaku pada waktu petang ketika tiada sesi pembelajaran dan tiada orang lain berada di dalam kelas. Mangsa dipercayai melakukan perbuatan itu dengan empat suspek secara berasingan dan salah seorangnya adalah teman lelaki mangsa,” katanya.

 


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4900″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img