Lammens penjaga gol baharu Manchester United, Isak sertai Liverpool melalui kontrak bernilai RM715 juta

MANCHESTER United yang dianggap berhadapan dengan ‘krisis’ mencari penjaga gol berwibawa mengesahkan Senne Lammens bergabung dengan kelab itu melalui kontrak selama 5 tahun sehingga Jun 203.

Lammens telah bermain dengan Royal Antwerp di Belgium sebanyak 64 perlawanan dan membantu kelab berkenaan memenangi Belgian Super Cup pada tahun 2023.

Penjaga gol berusia 23 tahun itu disenaraikan mewakili pasukan kebangsaan Belgium buat pertama kali pada Mac lalu.

‘’Saya amat berbangga untuk menyertai Manchester United; ia adalah impian sebenar yang menjadi kenyataan. Beberapa tahun kebelakangan ini merupakan perjalanan yang menakjubkan. Ia kini berakhir di destinasi yang luar biasa dan diharapkan permulaan sesuatu yang Istimewa,’’ katanya yang menandatangani kontrak bernilai 21.7 juta pound sterling (RM124.7 juta).

Lammens berkata, beliau dapat merasakan suasana positif di Machester United dan mampu memberi impak kepada kelab tersebut.

‘’Saya tidak sabar untuk mengenali rakan sepasukan  dan mula bekerja dengan Ruben Amorim dan kakitangan kejurulatihan,’’ katanya.

SEMENTARA itu bekas penyerang Newcastle, Alexander Isak menandatangani kontrak bernilai 125 pound sterling (RM715 juta) dengan Liverpool.

Isak bersetuju dengan kontrak enam tahun bersama The Reds selepas Newcastle akhirnya menerima tawaran baharu yang dipertingkatkan menjelang tarikh akhir jendela perpindahan EPL.

Kehadiran penyerang berusia 25 tahun itu di Anfield meningkatkan lagi jangkaan Liverpool akan mengharungi era dominasi dan Isak gembira untuk memikul tanggungjawab itu.

“Saya rasa ia adalah gabungan apa yang kelab ini sedang bina, tetapi juga apa yang mereka bina berasaskan identiti kelab ini sendiri. Sejarah kelab ini. Saya mendapat peluang untuk menjadi sebahagian daripadanya, saya mahu melakar sejarah.

Saya mahu memenangi trofi. Itulah motivasi terbesar saya. Inilah tempat yang sempurna untuk saya terus berkembang, melonjak permainan saya ke tahap seterusnya dan membantu pasukan.”

Skuad kendalian Arne Slot sebelum ini membuat tawaran £110 juta (RM629 juta) yang ditolak Newcastle bulan lalu, tetapi kesungguhan Isak untuk memaksa perpindahan akhirnya berhasil selepas kemelut itu semakin tegang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img