Lelaki didakwa bunuh wanita, peniaga telefon bimbit

SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gurun hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita dan seorang peniaga telefon bimbit pada 11 Sept lepas.

Syed Al Iqbal Syed Shahruddin, 30, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Anis Suraya Ahmad namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa membunuh Ku Asraf Ku Shaif @ Ku Shuib, 30, di hadapan sebuah rumah di Taman Nona, Guar Chempedak, Yan antara 9 hingga 10 malam pada 11 Sept lepas.

Pekerja swasta itu juga didakwa membunuh Nurul Nur Syamira Khamis, 28, di kawasan perumahan sama pada tarikh dan masa yang serupa, lapor Bernama.

Syed Al Iqbal berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Nurhazirah Tuan Yahya manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim, Diyana Ibrahim dan Shameer Haziq Shaharuddin.

Anis Suraya menetapkan 21 Okt depan untuk sebutan semula kes.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img