Lelaki ditahan bantu siasatan kes tembak pencari petai

POLIS menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes tembak seorang pencari petai di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 12 Disember lalu.

Suspek yang berusia lingkungan 40-an itu kini ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, suspek ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah kelmarin hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat secara langsung dalam kejadian berkenaan. Pihak polis turut merampas beberapa barangan yang mempunyai kaitan dengan kes itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lelaki juga mempunyai satu rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Pada Jumaat lalu, seorang lelaki dilaporkan cedera dipercayai ditembak individu tidak dikenali semasa mencari petai di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling.

Menurut polis, mangsa yang berusia 47 tahun berada di lokasi seorang diri dan lelaki itu dikatakan terkena tembakan peluru penabur di bahagian rusuk sebelah kanan dan belakang.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img