Lelaki pecah skrin ATM guna batu ditahan polis

LELAKI yang diburu polis selepas bertindak memecahkan skrin Mesin Teler Automatik (ATM) di beberapa buah bank sekitar daerah Sentul, ditahan petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, bertindak atas maklumat lelaki tempatan berusia 67 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.21 petang.

Katanya, polis juga berjaya merampas pakaian, sebuah motosikal, topi keledar dan seketul batu yang digunakan dalam jenayah tersebut.

“Hasil soal siasat mendapati, suspek melakukan perbuatan tersebut kerana tidak berpuas hati selepas gagal mengeluarkan wang daripada mesin ATM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, dengan tertangkapnya suspek, pihak polis telah berjaya menyelesaikan lima kes khianat skrin mesin ATM yang dilaporkan.

Media sebelum itu melaporkan beberapa cawangan perbankan sekitar Sentul mengalami kerugian lebih RM60,000 selepas skrin mesin ATM dipecah lelaki tidak dikenali.

Polis kemudian melancarkan operasi memburu suspek.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img