Mahkamah Sesyen bebaskan Wan Azri daripada tuduhan membuat kenyataan menghasut

MAHKAMAH  Sesyen Kuala Lumpur membebaskan blogger Wan Azri Wan Deris daripada pertuduhan membuat kenyataan menghasut terhadap kerajaan.

Hakim Siti Aminah Ghazali membuat keputusan itu selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Wan Azri di akhir kes pendakwaan.

Wan Azri, 42, didakwa pada Januari 2024 di bawah Akta Hasutan 1948 kerana membuat kenyataan mendakwa kerajaan ‘pro-Israel dan pro-Barat’. Kenyataan itu didakwa dibuat dalam satu video di Facebook pada 8 Nov 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mustaffa P Kunyalam, manakala Wan Azri diwakili peguam Rafique Rashid Ali. Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img