Majlis Imam Australia kutuk penyerang Bondi ada hubungan dengan ISIS

MAJLIS Imam Nasional Australia (ANIC) mengutuk penyerang  di Bondi selepas pendedahan hubungan mereka dengan organisasi pengganas ISIS.

Dalam kenyataan malam ini, ANIC menyifatkan kumpulan pengganas Islam itu sebagai “organisasi jahat dan berbahaya” sambil mengecam penyerang iaitu  bapa dan anak Sajid dan Naveed Akram.

“ISIS tidak mewakili Islam atau dunia Muslim dalam apa cara sekalipun. Ideologi mereka adalah jahat dan berasaskan keganasan serta teror. Ia tidak ada kaitan dengan ajaran Islam, etika, atau ilmu pengetahuan Islam yang menekankan kesucian nyawa, keadilan, dan rahmat, kata ANIC.

Pengutukan ini berlaku selepas polis mendakwa menemui bendera buatan sendiri ISIS dalam kenderaan Naveed Akram, selain pengesahan mengenai pergerakan Akram melalui Filipina untuk latihan ala ketenteraan.

“Dunia Muslim sendiri telah menderita secara langsung akibat ISIS, dengan majoriti besar mangsanya adalah Muslim. Komuniti di seluruh Timur Tengah, Afrika, dan negara lain telah mengalami pembunuhan besar-besaran, perpindahan paksa, dan pemusnahan tempat ibadat termasuk masjid.

“Ini adalah organisasi pengganas yang tindakan dan ideologinya bertentangan sepenuhnya dengan ajaran Islam dan nilai yang dijunjung oleh umat Muslim di seluruh dunia. Kedudukan ANIC terhadap ISIS telah jelas dan konsisten sejak kemunculannya dan sentiasa dipertahankan tanpa ragu-ragu, ‘’ kata kenyataan itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img