Mangsa banjir meningkat 10,750 orang di lapan negeri, Kelantan paling ramai 8,231 orang

KELANTAN mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 8,231 orang yang kini ditempatkan di 33 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika jumlah teribat mencecah 10,750 orang di lapan buah negeri.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Msyarakat (JKM) daerah yang terjejas di Kelantan termasuk Tumpat, Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Di Perak seramai  907 mangsa berlindung di 16 PPS yang dibuka di Perak Tengah, Manjung, Larut, Matang dan Selama serta Batang Padang.

Di Terengganu 360 mangsa dipindahkan ke dua PPS di daerah Besut, manakala Kedah mencatatkan 337 mangsa di tiga PPS di daerah Kulim.

Di Perlis, seramai 600 mangsa banjir daripada 189 keluarga telah dipindahkan ke empat PPS di sekitar Padang Pesar susulan limpahan air sungai yang berlaku akibat hujan berterusan sejak Ahad.

Empat PPS yang dibuka ialah Sekolah Kebangsaan FELCRA Lubuk Sireh, Sekolah Kebangsaan FELDA Mata Ayer, Dewan Semai Bakti FELDA Mata Ayer dan Masjid Nurul Husna di Wang Kelian.

Pulau Pinang pula melaporkan 237 mangsa berlindung di empat PPS di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.

Sementara itu, Selangor mencatatkan 34 mangsa daripada sembilan keluarga yang kini berada di satu PPS di Sabak Bernam.

Di Sarawak, seramai 44 mangsa dilaporkan terjejas dan ditempatkan di satu PPS di daerah Miri.

Pihak berkuasa terus memantau keadaan cuaca dan paras air sungai di kawasan berisiko, selain menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengikuti arahan keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img