Mangsa tembakan di stesen minyak meninggal dunia

LELAKI yang parah selepas ditembak di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang malam tadi disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya sebelum itu menerima  maklumat daripada orang awam berhubung insiden tembakan tersebut kira-kira jam 11.13 malam.

“Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 34 tahun dan tidak bekerja.

“Suspek telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke bahagian hadapan kereta dan terkena pada bahagian hadapan badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut beliau, motif kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil membantu polis.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintenden Aminuddin Mahadi di talian 013-210 4006 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-3376 2222,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang lelaki parah ditembak dalam kejadian di sebuah stesen minyak berhampiran Bukit Tinggi.

Mangsa berusia lingkungan 30-an itu dipercayai cedera di bahagian perut dan dada dalam kejadian berkenaan.

Selain itu, video berkaitan kejadian turut tular di media sosial. Rakaman menunjukkan ketika kejadian, mangsa berdiri di sebelah kereta sebelum seorang wanita yang memandu kenderaan itu masuk ke stesen minyak.

Video menunjukkan tiba-tiba muncul dua lelaki menaiki sebuah motosikal menghampiri dari arah hadapan sebelum pembonceng melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Berikutan tembakan itu, mangsa rebah sebelum kedua-dua lelaki yang menaiki motosikal tersebut melarikan diri.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img