Maritim Malaysia Selangor tahan kapal tangki minyak berlabuh tanpa kebenaran

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan sebuah kapal tangki minyak yang didapati bersauh tanpa kebenaran di sekitar perairan Pelabuhan Klang, semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, kapal terbabit ditahan kira-kira jam 3 petang pada kedudukan 0.9 batu nautika barat Pelabuhan Klang susulan aduan diterima daripada Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

GAMBAR: Maritim Malaysia Selangor

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel itu dikendalikan seorang nakhoda bersama empat kru, kesemuanya warga Indonesia berusia antara 21 hingga 59 tahun. Walaupun kesemua kru memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh,” katanya.

Beliau berkata, kapal berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM).

Perintah penahanan telah dikeluarkan dan nakhoda dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Selangor bagi membantu siasatan.

GAMBAR: Maritim Malaysia Selangor

Abdul Muhaimin menegaskan, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang maritim. Beliau turut mengingatkan pengusaha dan pemilik kapal untuk mendapatkan kebenaran bersauh daripada JLM serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Maritim Malaysia sentiasa memandang serius pematuhan undang-undang dan tindakan tegas akan diambil bagi memastikan kesejahteraan serta keselamatan perairan negara, khususnya di Selangor.

“Orang ramai dan komuniti maritim boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Selangor,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img