Maritim Malaysia tahan bot kargo, lesen tamat tempoh

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan sebuah bot kargo selepas didapati beroperasi dengan lesen tamat tempoh di perairan Selangor, semalam.

Bot tersebut ditahan pada kedudukan kira-kira 0.43 batu nautika barat Tanjung Harapan kira-kira jam 2.20 petang ketika rondaan rutin Op Ehsan dan Op Tiris 3.0 dijalankan.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, ketika ditahan bot berkenaan membawa muatan 26 tong ikan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan oleh seorang nahkoda berusia 35 tahun bersama seorang kru berumur 25 tahun dan kedua-duanya merupakan warga tempatan,” katanya.

Menurut beliau, semakan ke atas dokumen mendapati lesen bot kargo tersebut telah tamat tempoh.

Susulan itu, bot bersama kru dan muatan ditahan sebelum dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia Negeri Selangor bagi tindakan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (Merchant Shipping Ordinance, MSO) 1952 kerana mengendalikan bot dengan lesen tamat tempoh.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img