Pemandu Hilux maut dihempap pokok tumbang di Batang Kali

SEORANG lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang dekat Jalan Batang Batang, Hulu Selangor petang hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa seorang lelaki berbangsa Melayu dipercayai meninggal dunia.

“Komander operasi melaporkan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 2.14 petang dan anggota bomba sampai ke lokasi kejadian sejauh 20 kilometer 21 minit kemudian.

“Seramai lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu dikejar ke lokasi,” katanya.


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4900″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img