Mayat anggota bomba lemas ditemukan, adik masih hilang

SEORANG daripada dua beradik lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Kandis, Bachok semalam, ditemukan lemas dan terdampar kira-kira 3km dari lokasi kejadian, tengah hari tadi.

Ketua Polis Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata mangsa yang juga anggota bomba di Pulau Pinang, Ahmad Badrul Naim Ab Wahab, 32, ditemukan oleh orang awam kira-kira 12.15 tengah hari.

“Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) adik mangsa, Ahmad Nuruddin Ab Wahab, 21, masih diteruskan dengan radius pencarian diperluaskan hingga 10km di sepanjang pesisir pantai.

“Operasi digerakkan sejak petang semalam melibatkan pelbagai agensi termasuk bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim),” katanya ketika ditemui pemberita di Pantai Kandis, hari ini.

Dalam kejadian 5.30 petang semalam, Badrul dan Nurruddin dipercayai ke pantai berkenaan untuk berkelah bersama 20 ahli keluarga lain dari Pasir Puteh.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img