MB Negeri Sembilan minta maaf kadangkala terpaksa langgar lampu merah

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengakui kadangkala pemandunya terpaksa melanggar lampu isyarat merah bagi memastikan beliau tiba di lokasi acara rasmi tepat pada waktunya.

Beliau berkata, jadual hariannya yang padat dengan pelbagai program sehari menyebabkan pemandunya perlu mengejar masa.

“Saya akui kadangkala terpaksa melanggar lampu merah kerana perlu cepat sampai dan terdapat beberapa acara rasmi yang dirancang dalam sehari.

“Boleh tengok di Facebook saya, berapa program yang saya hadir dalam sehari,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di Seremban hari ini.

Aminuddin ditanya mengenai satu video tular dalam media sosial berhubung kenderaan rasmi Menteri Besar yang melanggar lampu isyarat merah di bandar ini dengan keterangan ‘kereta siapa yang kebal sangat melanggar lampu isyarat dan membunyikan siren polis’.

Beliau berkata, terdapat seorang pegawai polis dalam kenderaannya.

Tambah beliau, pejabatnya juga sudah menulis surat kepada pihak berkuasa berkaitan untuk mendapatkan kelulusan diperlukan.

“Kita terpaksa langgar (lampu isyarat merah), tetapi dalam keadaan berhati-hati dan menggunakan isyarat yang cukup kerana hendak segera sampai ke lokasi.

“Saya minta maaf, kalau tidak saya pun tak berani langgar. Biasanya pemimpin negeri diberi kelonggaran untuk hal atau perkara tertentu,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img