Mekanik dihukum penjara tiga tahun, satu sebatan rompak wanita Indonesia

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan ke atas seorang mekanik selepas dia mengaku bersalah merompak dua telefon bimbit dan wang tunai RM1,000 milik seorang wanita warga Indonesia, bulan lalu.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohamad Hasrul Aiman Mohd Hanapi, 24, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkap iaitu semalam.

Tertuduh bersama-sama seorang lagi rakan yang didakwa berasingan didakwa merompak dua telefon bimbit serta wang tunai wanita berusia 33 tahun itu di sebuah kafe di Jalan Langkawi, Setapak, Kuala Lumpur pada jam 3.32 petang, 5 November lepas.

Pertuduhan ke atas lelaki itu mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Wafa Zainal Abidin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh namun Mohamad Hasrul Aiman yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia menanggung keluarga serta ibunya.

Sementara itu di mahkamah yang sama, rakan tertuduh Prebet Muhammad Hairul Andika Amir, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak mangsa serupa pada tempat, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap Muhammad Hairul dan menetapkan 22 Januari depan untuk sebutan semula kes.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img