Mesyuarat khas menteri luar ASEAN dalam masa terdekat – PM

MALAYSIA akan memanggil mesyuarat khas menteri-menteri luar ASEAN dalam masa terdekat, untuk menilai situasi semasa dan menyokong langkah meredakan ketegangan di rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selaku pengerusi ASEAN, mesyuarat itu juga bagi mengukuhkan peranan kolektif dalam memelihara keamanan serantau.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook selepas menghubungi rakan sejawat, Perdana Menteri Vietnam, Phạm Minh Chính bagi membincangkan perkembangan semasa di rantau ini, serta usaha bersama untuk memastikan keamanan dan kestabilan terus terpelihara.

“Dalam pada itu, saya turut menzahirkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh kerjasama dua hala dengan Vietnam dalam menangani isu penangkapan ikan secara tidak sah, tidak dilaporkan dan tidak dikawal (IUU),” katanya.

Anwar berkata, kerjasama itu termasuk penyelarasan penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan langkah pencegahan.

“Saya yakin bahawa melalui dialog berterusan dan mekanisme sedia ada, isu ini dapat diselesaikan secara berhemah, tenang dan saling menghormati,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img