Minum arak di pusat hiburan, 3 penjawat awam antara 18 individu ditahan JAINJ

JABATAN Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan seramai 18 individu beragama Islam termasuk tiga penjawat awam yang didapati minum arak dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di bandar raya Johor Bahru, malam tadi.

Dalam serbuan yang dijalankan jam 11.30 malam itu, mereka yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki dan tujuh wanita termasuk empat wanita warga asing.

Menurut kenyataan JAINJ, penguatkuasa jabatan itu mengadakan operasi berkala di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini.

“Seramai 18 orang ditahan atas kesalahan minum arak di bawah Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Kesemua yang ditahan itu adalah 14 warga tempatan dan empat wanita asing iaitu warga Singapura dan Indonesia yang beragama Islam,” katanya kenyataan JAINJ yang dikeluarkan hari ini.

Menurut JAINJ, ketika ditahan, kesemua mereka sedang leka berhibur dengan muzik yang kuat dan tidak menyedari kehadiran penguat kuasa JAINJ.

“Semua yang ditangkap dibawa menaiki lori JAINJ ke pejabat penguat kuasa JAINJ untuk tindakan lanjut,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img