‘’Kalau ada tangan-tangan yang cuba tutup kes ini, saya takkan biar ia berlaku. Saya akan berjuang sampai habis.’’ – Itulah peringatan Mohd Noor Hafifi Hassan anak kepada Allahyarham Sariya Che Hin yang dibunuh bersama anak perempuannya Nur Afrina Alisha Abdul Rahim di Juru, kelmarin.
Menurut Mohd. Hafifi yang menjelaskan keluarganya masih terkejut dengan kejadian itu berkata, beliau tidak akan berdiam diri jika ada wujud cubaan mana-mana pihak untuk menutup kebenaran kes berkenaan.
“Ini sahaja yang saya mampu buat untuk balas jasa ibu dan adik saya,” katanya lapor Sinar Harian.
Hafifi turut merayu agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang menimpa keluarganya.
“Saya harap netizen jangan buat spekulasi atau tuduhan melulu. Kami masih bersedih dan perlukan ruang untuk tenangkan diri. Saya harap orang ramai tidak menambah kesedihan kami dengan menyebarkan andaian atau maklumat tidak sahih di media sosial,” katanya.
Hafifi yang merupakan seorang jurutera di Perak juga meminta agar orang ramai menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
“Kalau sesiapa ada bukti, laporkan sahaja ke balai polis, jangan sebar di media sosial,” katanya.
Hafifi memaklumkan bahawa dia ada menghubungi ibunya beberapa hari sebelum kejadian menerusi aplikasi WhatsApp.
“Saya memang nak balik pada Sabtu atau Ahad. Bila saya dapat panggilan malam itu, saya macam tak percaya. Tapi bila sampai rumah dan tengok sendiri, polis pun ramai, saya reda,” katanya.
UNDILAH |
[forminator_poll id=”4900″]


