Moto3: Hakim Danish di kedudukan ke-14 GP Valencia

PELUMBA muda berbakat negara, Muhammad Hakim Danish Ramli menamatkan saingan di kedudukan ke-14 perlumbaan Moto3 pada Grand Prix (GP) Valencia di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol hari ini, lapor Bernama.

Pelumba berusia 18 tahun yang berlumba untuk pasukan FRINSA MT Helmets MSi bagi menggantikan pelumba Jepun Ryusei Yamanaka yang mengalami kecederaan, tetap bekerja keras memberikan saingan sengit untuk menyumbang dua mata selepas memulakan perlumbaan di petak ke-18.

Perlumbaan itu berkesudahan Adrian Fenandez daripada pasukan Leopard Racing muncul juara dengan catatan masa 32 minit 48.909 saat (s), diikuti pelumba Red Bull KTM Ajo Alvaro Carpe (+0.286s) di tempat kedua dan pelumba Honda Team Asia Taiyo Furusato (+0.109s) di tempat ketiga.

GP Valencia adalah perlumbaan terakhir Moto3 musim ini.

Hakim Danish sebelum ini diumumkan akan beraksi sepenuh musim dalam kelas Moto3 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) tahun depan bersama pasukan itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img