Murid perempuan 12 tahun maut selepas dihukum ketuk ketampi 100 kali

SEORANG murid perempuan berusia 12 tahun meninggal dunia selepas dipaksa melakukan 100 kali ketuk ketampi oleh gurunya sebagai hukuman kerana lewat tiba di sekolah, di India.

Menurut laporan NDTV, mangsa dikenal pasti sebagai Kajal Gaud dan kejadian itu berlaku di kawasan Vasai Timur, Maharashtra pada Jumaat lalu.

Mangsa dan beberapa murid lain dikenakan denda melakukan ketuk ketampi sebagai hukuman kerana tiba di sekolah lewat 10 minit.

Mangsa dilaporkan berjaya menyelesaikan hukuman itu namun mula mengalami sakit teruk pada bahagian belakang badan dan setibanya di rumah dan dibawa ke hospital di Nalasopara selepas keadaannya mula lemah.

Apabila kesihatannya semakin merosot, Kajal dipindahkan ke Hospital JJ di Mumbai namun meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Keluarga mangsa mendakwa hukuman keras melakukan ketuk ketampi sambil memakai beg sekolah itu memberi kesan serius terhdap anak mereka, sehingga menyebabkan kematiannya.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan ibu bapa dan penduduk setempat yang menuntut tindakan tegas diambil terhadap guru dan pihak sekolah.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img