Najib kecewa keputusan Mahkamah Tinggi

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak semakan kehakiman difailkannya bagi memaksa kerajaan dan enam yang lain melaksanakan Titah Adendum.

Perkara itu dimaklumkan Peguam yang mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam sidang media selepas perbicaraan kes di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, hari ini.

“Sudah tentu dia kecewa, kenapa dia berasa kecewa kerana keputusan Titah Adendum pada 29 Januari 2024 hampir memasuki tempoh dua tahun.

“Ini perintah Yang di-Pertuan Agong, tetapi tertangguh untuk tempoh hampir dua tahun,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman Najib untuk melaksanakan Titah Adendum supaya menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke itu memutuskan demikian selepas berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img