PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dianggap pembunuh tegar penduduk Palestin dimalukan ketika beliau mahu berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mala mini.
Sejumlah diplomat keluar dari dewan sidang ketika ucapan Netanyahu baru bermula. Tindakan itu dilakukan sebagai protes terhadap pembunuhan yang berlaku di Gaza atas arahan Perdana Menteri Israel tersebut.
Dalam platoform media sosial X, terdapat video dan gambar yang menunjukkan Netanyahu berucap di dewan sidang yang semakin kosong.

Delegasi Amerika Syarikat, yang menyokong Netanyahu dalam kempennya menentang Hamas, tetap bertahan. Tepukan juga kedengaran di bahagian lain dewan ketika beliau memulakan ucapannya.
Seperti yang dilakukan pada masa lalu, Netanyahu mengangkat alat bantu visual berupa peta wilayah yang diberi judul “THE CURSE.” Beliau menandakan peta itu dengan pen penanda besar.
Middle East Eye melaporkan beberapa diplomat kelihatan keluar dengan tergesa-gesa ketika Netanyahu memasuki dewan besar untuk berucap. Tindakan ini meniru bentuk protes yang dilakukan pada tahun lalu.


