Noor Azman kembali jalankan tugas Setiausaha Agung FAM

DATUK Noor Azman Rahman kembali menggalas tugas sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkuat kuasa serta-merta, susulan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib yang memutuskan penggantungan tugasnya berakhir.

Jawatankuasa Tatatertib membuat keputusan  setelah mengambil kira tempoh penggantungan yang telah dikenakan ke atas beliau dan juga laporan Jawatankuasa Siasatan Bebas bertarikh 15 Disember 2025.

“Dengan keputusan terbaru ini, ia menunjukkan bahawa Noor Azman hanya terkait dalam kecuaian pentadbiran dan tidak bersalah atau terlibat dalam hal pemalsuan dokumen,” kata FAM melalui lamab webnya,

Noor Azman digantung tugas sejak 17 Oktober tahun lepas susulan kontroversi dokumen palsu didakwa dikemukakan kepada Fifa bagi membolehkan tujuh pemain warisan mewakili skuad kebangsaan.

FAM didenda 350,000 franc Switzerland (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda 2,000 franc Switzerland (kira-kira RM10,560) dan digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak.

Tujuh pemain berkenaan ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Malaysia mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut di Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Polis Malaysia juga membuka siasatan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen itu, dengan lapan individu telah memberi keterangan setakat semalam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img