Nubhan, isteri sah cerai talak kedua

MAHKAMAH Rendah Syariah Sepang hari ini mengesahkan lafaz cerai penyanyi Ahmad Nubhan terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek pada Ogos lalu, yang menjatuhkan talak kedua selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Hakim Syarie Ummamuddin Yunus memutuskan talak pertama pada 19 Januari 2017 menjatuhkan talak satu sementara lafaz kedua secara talak rajie pada 26 Ogos lalu.

Mahkamah mengarahkan Dr Afifah selaku defendan menjalani tempoh edah selama tiga kali suci bermula lafaz kedua.

“Kedua-dua lafaz cerai itu berlaku di luar dan tidak dibenarkan oleh mahkamah, jadi lain kali jangan buat lagi,” kata hakim syarie itu ketika menasihati Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, lapor Sinar Harian.

Ahmad Nubhan dan Dr Afifah yang juga doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img