Nurul Ain Hannani selamat ditemukan di Johor selepas hilang dua hari

PELAJAR universiti, Nurul Ain Hannani, 23, yang dilaporkan hilang sejak kelmarin ditemukan selamat di Johor Bahru hari ini.

Perkara itu dimaklumkan sepupunya di laman Threads @qistinafarihin malam ini.

“Sepupu saya dah dijumpai dengan selamat dekat Permas Jaya, Johor Bahru. Alhamdulillah, terima kasih polis yang terlibat dan semua yang membantu dan mendoakan.

“Dia nampak takut dan muka pucat. Nangis-nangis nak balik bila pegawai sana tanya nak balik ke tak,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan ketika dihubungi mengesahkan penemuan pelajar perempuan tersebut.

Menurut beliau, pelajar terbabit dipercayai menaiki bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Larkin Johor selepas keluar dari kediamannya di The Sky Residensi, Taman Shamelin kelmarin.

Difahamkan, Nurul Ain Hannani telah keluar daripada semua kumpulan WhatsApp keluarga, selain memadam akaun media sosial dan menyahaktif fungsi lokasi sejak Isnin lalu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img